Assalamualaikum pembaca sekalian,
Hai, apa khabar? Sedar tak sedar dah beberapa hari kita selesai menyambut Hari Raya Aidiladha kan. Anda ada join aktiviti melapah daging ke? Apa pun, semoga segala amal kebaikan yang dilakukan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t, inshaa Allah. Dalam artikel pertama ini, saya nak kongsikan dengan anda pengalaman saya tentang bagaimana wangian seperti kasturi dapat membantu menjauhkan, sekaligus mendinding diri kita dari gangguan jin. Sebelum saya sambung artikel ini, saya nak sharekan tentang seorang pesakit yang pernah berubat dengan saya. Seorang lelaki. Beliau berniaga aksesori henset di Gerbang Malam (orang Ipoh tau tempat ni). Ketika beliau mula-mula datang berubat dengan saya, saya 'scan' beliau dengan ayat-ayat ruqyah dan beliau memuntahkan lendir (tanda-seseorang tu ada sihir). Selepas saya rawat beliau, saya berikan beliau ayat-ayat pendinding sihir untuk diamalkan. Selain itu saya juga cadangkan beliau untuk gunakan minyak wangi kasturi yang saya ruqyah. Beliau menerima cadangan saya. Alhamdulillah, selepas beliau amalkan minyak wangi tersebut, beliau dah tak selalu datang buat rawatan. Ini kerana beliau beritahu kepada saya bila beliau rasa agak tak ok, beliau akan sapu minyak wangi tersebut. Selang beberapa minit beliau akan muntah. KENAPA JIN TAK SUKA WANGIAN? Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, satu benda yang perlu anda faham di sini ialah, jin yang sanggup yang menghambakan dirinya pada manusia ialah bukan dari golongan jin yang baik. Sebab itulah sebelum mereka bersetuju untuk mengikut perintah seseorang manusia, jin akan meletakkan syarat sebagai balasan. Dan biasanya syarat yang diletakkan itu bukanlah syarat yang baik. Kebanyakan syarat yang diletakkan lebih kepada melakukan syirik kepada Allah. Atau sekurang-kurangnya yang maksiat kepada Allah. Apabila manusia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan, barulah mereka akan patuh dan taat kepada manusia tersebut. BERWANGIAN ADALAH SUNNAH Jadi anda sudah pun faham golongan jin bagaimana yang sanggup memperhambakan dirinya kepada manusia.
0 Comments
|
ArkibKategori |